Menonton blue film (video lucah) hukumnya
haram, kerana kita melihat secara jelas bentuk tubuh orang lain bahkan
melihat mereka sedang melakukan jimak. Melihat aurat orang lain dapat
menumpulkan fikiran dan mengeraskan hati. Jika perbuatan ini sering
dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyok
atau pikun. Pernah suatu ketika Imam Syafie membaca ayat Quran namun
sampai pada suatu ayat ia terlupa akan sambungannya. Beliaupun
memperbanyak istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian sahabatnya
pun bertanya.
Maka Imam Syafie pun menerangkan bahawa ingantan atau
hafalannya terganggu lantaran ia terlihat tumit wanita yang kebetulan
terkoyak sarung kakinya sebesar ibu jari. Jika melihat aurat wanita
sebesar ibu jari dapat melemahkan daya ingatan dan daya hafalan, tentu
akan lebih besar kesannya jika dengan sengaja melihat aurat orang lain
secara telanjang bulat seperti dalam blue film.
Jika anda suami isteri terus melakukan pekerjaan yang
buruk ini, maka pertama sekali nikmat yang akan hilang daripada
kehidupan anda adalah hilangnya kenikmatan hubungan jimak dan kemesraan
antara suami isteri. Sebab anda lebih senang bermain dengan khayalan
seperti yang anda lihat dalam blue film. Untuk jangka panjang boleh
menghilang ghairah seks bagi wanita dan melemahkan kemampuan syahwat
bagi lelaki. Sebelum perkara buruk ini menghantui minda anda suami
isteri dan menjadi penyebab malapetaka yangpaling besar dalam kehidupan
berumahtangga, maka hindarkanlah pekerjaan yang dilarang oleh agama ini.
Langkah untuk menghindari perbuatan buruk ini,
buanglah vcd blue film yang anda miliki. Kekanglah nafsu anda daripada
memiliki vcd blue film tersebut jika anda benar-benar ingin berubah dari
melakukan pekerjaan yang sia-sia ini. Percayalah jika kita sentiasa
melakukan perbuatan yang tercela ini, maka Allah akan menutup pintu hati
kita dan akhirnya doa kitapun tidak akan bererti apa-apa dan tidak
diperkenankan oleh Allah SWT.
BY: http://zonbebas.com
No comments:
Post a Comment